Thursday, May 5, 2011

SELAMAT DATANG KE SK BUNUT RENDANG

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog SK Bunut Rendang. Sekolah ini mula beroperasi pada 01/06/2009. Kumpulan pertama murid seramai 450 orang datang dari SK Mat Kilau. Pada masa sekarang murid di sekolah ini ialah 911 orang. Oleh yang demikian kesemua 24 bilik darjah yang terdapat di sekolah ini telah digunakan. Persekolahan satu sesi masih dapat dilaksanakan. Selain bentuk bangunan yang menarik, sekolah ini juga dilengkapi dengan bilik-bilik khas yang mencukupi seperti 2 buah bilik sains, bilik KH, bilik Seni, bilik Muzik, Klinik, Perpustakaan  dan bilik j-Qaf yang lengkap. Selain kelas aliran perdana, di SK Bunut Rendang juga menawarkan pengajaran bagi murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran(KKBP) dan kelas Pra Sekolah.
Guru Besar pertama yang di arahkan membuka sekolah ini ialah Pn.Hjh Endon bt Haji Sumin, seorang guru yang berpengalaman di Daerah Kuantan. Beliau dibantu oleh guru-guru yang berjiwa kental dan dedikasi yang tinggi bagi merealisasikan Visi sekolah ini iaitu SK Bunut Rendang Cemerlang Menjelang 2012.
Pada tahun 2010 kumpulan pertama murid Tahun 6 telah menduduki UPSR. Seramai 12 orang berjaya memperolehi 5A.

1 comment: